Zaman Neolitik di Malaysia bermula kira-kira 7000 tahun dahulu,zaman ini merupakan zaman perkembangan daripada teknologi batu kepada teknologi tembikar .
Ciri-ciri penempatan masyarakat Neolitik :
Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri
sendiri. Rumah mereka dibuat daripada batu-bata, kayu dan sebagainya.
Ada dalam kalangan mereka yang tinggal di gua yang berhampiran dengan sungai.
Mereka hidup dalam kelompok masyarakat , mempunyai ketua dan mengamalkan pembahagian kerja.
Kegiatan masyarakat Zaman Neolitik :
Bercucuk tanam .
Menternak binatang dan menangkap ikan .
Berburu dan memungut hasil hutan .
Membuat tembikar seperti bekas air , periuk dan belanga.
Membuat barang perhiasan seperti gelang .
Lokasi penempatan masyarakat Zaman Neolitik :
Gua Cha di Kelantan .
Bukit Tengkorak di Sabah .
Masyarakat Zaman Neolitik masih menggunakan alat batu dalam kehidupan harian tetapi alat batu yang digunakan oleh mereka lebih halus berbanding dengan alat batu pada Zaman Paleolitik .
Masyarakat ini mengamalkan Animisme dan mempunyai upacara pengebumian yang tersendiri .
Penemuan manusia Zaman Neolitik di Gua Cha menunjukkan mayat dikebumikan dengan barang keperluan harian seperti alat tembikar .
Video ini menjelaskan zaman prasejarah di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
Sebelum merdeka , kuasa asing seperti Portugis , Belanda, Inggeris dan Jepun telah menjajah negara kita dan membawa banyak kesan kepada negara kita . Perubahan ini termasuklah dari segi politik , ekonomi dan sosial budaya.Sekarang marilah kita bersama-sama melihat apakah kesan-kesan penjajahan kuasa asing kepada negara kita . 1.Kesan penjajahan Portugis
Penjajahan Portugis di Melaka menyebabkan berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka .Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Syah telah melarikan diri dan mangkat di Kampar , Sumatera pada tahun 1528.
Di Melaka , wujudnya masyarakat Serani yang berketurunan Portugis hasil perkahwinan orang Portugis dengan masyarakat tempatan .Sehingga kini mereka masih mengamalkan cara hidup orang Portugis.
Beberapa perkataan Portugis telah digunakan dalam Bahasa Melayu seperti almari , jendela , kereta,keju,tuala ,garpu, sabun dan meja.
Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
Semasa Belanda menjajah Melaka , tidak banyak kesan yang ditinggalkan di negara kita kerana mereka memberi tumpuan kepada jajahan takluk mereka di Betawi, Indonesia .
Bagaimanapun , terdapat tinggalan Bangunan Stadhuys di Melaka dan Kota Belanda di Pulau Pangkor , Perak .
Kini , Bangunan Stadhuys dijadikan Muzium Negeri Melaka.
Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
Inggeris telah memperkenalkan penggunaan kapal korek dalam perlombongan bijih timah dan penanaman getah secara ladang .
Hasilnya dieksport ke luar negara .
Inggeris telah memajukan kawasan perlombongan di Sarawak dan pembalakan di Sabah.
Penjajahan Inggeris telah menggalakkan kemasukan buruh dari China dan India . Buruh India bekerja di ladang-ladang getah manakala buruh China pula bekerja di kawasan lombong-lombong bijih timah .
Keadaan ini telah menyebabkan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita .
Dalam bidang pendidikan pula , Inggeris telah membina beberapa buah sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantaran .Sebuah maktab perguruan telah dibina di Perak untuk melatih guru-guru Melayu.
Perusahaan getah dan bijih timah yang semakin berkembang menyebabkan Inggeris membina landasan kereta api dan jalan raya. Perhubungan ini memudahkan pengangkutan hasil dari kawasan perlombongan dan ladang ke pelabuhan untuk dieksport .
Jepun menjalankan pentadbiran ketenteraan di negara kita . Penjajahan Jepun merupakan zaman kesengsaraan kepada rakyat ,
Ramai penduduk diseksa dan banyak ladang serta bangunan dimusnahkan .
Ramai penduduk telah menghidapi pelbagai penyakit akibat kekurangan makanan dan bekalan ubatan .
Penjajahan Jepun telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat seterusnya menimbulkan kesedaran kepada rakyat bahawa penjajahan kuasa asing telah membawa kesan buruk kepada rakyat tempatan .
Tanah Melayu telah dijajah oleh banyak kuasa asing sebelum merdeka.Terdapat banyak pahlawan yang ingin membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan kuasa asing .Mereka telah mengadakan pelbagai penentangan terhadap kuasa asing ini , antara pahlawan yang menentang penjajahan kuasa asing termasuklah Dato Bahaman ,Haji Abdul Rahman Limbong, dan Sharif Masahor. Berikut akan membincangkan peristiwa-peristiwa penentangan yang diadakan oleh pahlawan negara kita . A)Penentangan terhadap Orang Portugis
Setelah Portugis berjaya menjajah Melaka , Sultan Mahmud telah melarikan diri ke Pulau Bentan.Baginda telah mengetuai tenteranya menyerang Melaka sebanyak lima kali tetapi tetap gagal.Peristiwa ini berlaku sejak tahun 1515.
Pada tahun 1526 ,Orang Portugis telah memusnahkan pangkalan tentera Sultan Mahmud di Pulau Bentan dan Baginda terpaksa melarikan diri ke Kampar , Sumatera.
B)Penentangan terhadap Orang Belanda
Sultan Ibrahim dari Selangor telah menentang orang Belanda di Melaka dengan membakar rumah-rumah Orang Belanda. Raja Haji yang menjadi Yamtuan Muda Johor pada masa itu turut menyerang kapal-kapal Belanda di Selat Melaka .Baginda bergabung dengan Sultan Ibrahim untuk menyerang Melaka tetapi gagal .Dalam pertempuran itu , Raja Haji telah terbunuh .
C)Penentangan terhadap Orang Inggeris
Masyarakat tempatan telah bangkit menentang Orang Inggeris.Terdapat beberapa tokoh negara kita yang mengetuai masyarakat kita menentang Orang Inggeris .Antaranya :
1.Datuk Maharaja Lela
Nama sebenarnya Pandak Adam , beliau merupakan seorang pembesar di Pasir Salak yang tidak bersetuju dengan tindakan Residen Inggeris pertama di Perak , iaitu J.W.W. Birch yang melarang pembesar negeri memungut cukai .Birch juga tidak menghormati adat resam orang Melayu .Datuk Maharaja Lela dan pembesar Perak telah merancang pembunuhan Birch .Birch telah dibunuh di Pasir Salak pada tahun 1875.Inggeris berjaya menangkap Dato Maharaja Lela dan menjatuhkan hukuman mati terhadap beliau.
Video ini akan membincangkan kisah perjuangan Datuk Maharaja Lela.
Nama sebenarnya ialah Tengku Antah . Beliau membantah pelantikan Penolong Residen Inggeris di Sungai Ujong yang diketuai oleh Dato" Kelana.Pada tahun 1875,Inggeris membantu Dato "Kelana untuk menentang Tengku Antah .Pada tahun 1876, Tengku Antah menamatkan persengkataan dengan Inggeris dan beliau dilantik menjadi Yamtuan Besar Seri Menanti.
Nama sebenarnya ialah Abdul Said dan beliau dilahirkan pada tahun 1773 di Naning ,Alor Gajah .Beliau merupakan Penghulu Naning yang kesembilan dan membantah pengenaan cukai kepada ke atas daerahnya oleh orang Inggeris .Pihak Inggeris telah meminta Naning membayar satu persepuluh daripada hasilnya. Pada tahun 1831, orang Inggeris menyerang Naning tetapi serangan mereka dibatahkan oleh Dol Said .Akhirnya, pada kali kedua , Dol Said telah dikalahkan pada tahun 1832.
Nama sebenarnya ialah Abdul Rahaman dan merupakan Orang Kaya Semantan .Beliau menentang orang Inggeris kerana Inggeris melarang pembesar tempatan memungut cukai .Dengan bantuan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau,Dato "Bahaman telah menyerang Inggeris di SEmantan pada tahun 1891.Beliau telah dikalahkan oleh Inggeris dan melarikan diri ke Siam .
Beliau seorang ulama yang disegani .Beliau dan pengikutnya menentang tindakan Orang Inggeris yang mengenakan cukai ke atas rakyat serta mengadakan undang undang baru yang menyukarkan kehidupan rakyat .Beliau dan beberapa pemimpin lain mengetuai penduduk tempatan melakukan pemberontakan di Kuala Berang pada tahun 1928 tetapi gagal dan telah ditangkap dan dibuang negeri ke Mekah .
Beliau seorang pahlawan dan pembesar di Hulu Sungai Sugut , Sabah .Beliau menentang Inggeris kerana tidak suka campur tangan Inggeris yang berleluasa di Sabah .Beliau menyerang Inggeris di Pulau Gaya . Setelah itu , beliau bersetuju berdamai dengan Inggeris dan membenarkan mereka mentadbir di Tambunan .Malangnya , Inggeris memungkir janji dan Mat Salleh terpaksa berperang dengan Inggeris di Tambunan dan beliau terkorban dalam peperangan tersebut . Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web berikut : https://neilandsyud.wordpress.com/2011/07/15/mat-salleh/ 7. Sharif Masahor
Sharif Masahor merupakan Gabenor Sarikei di Sungai Rajang , Sarawak .Beliau menentang orang Inggeris kerana James Brooke mengambil kawasan Sungai Rajang yang lama ditadbirnya.Beliau menyerang orang Inggeris di Kanowit dan pada tahun 1860, beliau menyerang lagi Orang Inggeris di Kuching tetapi telah ditewaskan .Beliau dihantar ke Singapura pada tahun 1861.
Beliau merupakan pahlawan Iban dan ketua Orang Iban di Sungai Sekrang .Belaiu tidak menyukai kemaraan kuasa Brooke di Sekrang dan telah menyerang kubu James Brooke di Sungai Sekrang .Pada tahun 1881,Rentap lagi sekali menyerang Inggeris tetapi menghadapi kekalahan dan beliau melarikan diri ke kawasan pedalaman .
Video ini akan menerangkan kisah perjuangan Rentap. Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web berikut : https://neilandsyud.wordpress.com/2011/07/13/rentap/ 9.Banting Beliau merupakan pahlawan Iban yang berkuasa di Hulu Sungai Batang Lupar .Beliau menentang Orang Inggeris untuk mengehadkan kuasa Inggeris . Beliau berjaya mempertahankan kawasannya sehingga tahun 1908 apanila Inggeris berjaya mengalahkannya . Kuasa Banting menjadi semakin lemah , dan beliau tidak lagi dapat menentang Inggeris.
Negeri Melaka telah dijajah oleh beberapa buah kuasa asing sebelum merdeka .Antara penjajah yang pernah menjajah Melaka ialah Portugis , Belanda ,Inggeris serta Jepun .
Gambar-gambar di atas merupakan bangunan-bangunan yang dibina oleh penjajah semasa menjajah Melaka. Selepas melihat gambar-gambar di atas , marilah kita sama -sama melihat latar belakang penjajah yang pernah menjajah Melaka . 1.Orang Portugis
Orang Portugis merupakan bangsa Eropah yang pertama datang ke Timur dan Melaka.Mereka ingin menguasai perdagangan rempah yang sangat diperlukan untuk mengawet dan menyedapkan makanan di Eropah pada musim sejuk.Melaka merupakan pusat perdagangan yang amat penting pada masa itu .Dengan menguasai Melaka , Portugis dapat mengusai seluruh perdagangan rempah tanpa melalui mana-mana pihak . Rombongan Portugis yang diketuai oleh Lopez de Sequeira telah datang ke Melaka tetapi rombongan ini telah ditangkap oleh tentera Melaka .Walaubagaimanapun , Lopez de Sequeira telah berjaya melarikan diri ke India . Selepas itu , Gabenor Jeneral Portugis , Alfonso de Albuquerque telah mengetuai angkatan tentera Portugis menyerang Melaka . Pada tahun 1511, Melaka berjaya ditawan oleh Portugis , Sultan Mahmud yang merupakan keturunan kesultanan Melaka telah mencuba beberapa kali untuk mendapat semula Melaka tetapi usahanya tetap gagal. Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah : http://mahasiswapmmgroup.blogspot.my/2015_09_01_archive.html 2.Orang Belanda Orang Belanda telah mengusai Pulau Jawa di Indonesia ,mereka tidak mahu pelabuhan Melaka menyaingi pelabuhan Betawi di Jakarta. Dengan bantuan Sultan Johor , Orang Belanda telah berjaya mengalahkan Portugis di Melaka dan manakluki Melaka pada tahun 1641.Mereka juga berjaya menguasai perlombongan bijih timah di Perak.Terdapat sebuah kubu yang dinamakan KOTA BELANDA telah dibina di Pulau Pangkor. Belanda telah menguasai Melaka selama hampir 180 tahun.
3.Orang Inggeris Orang Inggeris telah menjajah seluruh Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak .Penjajahan Inggeris bermula apabila mereka berjaya menduduki Pulau Pinang .Sultan Kedah meminta bantuan orang Inggeris untuk melindungi Kedah daripada serangan Siam dengan menawarkan Pulau Pinang sebagai pangkalan tentera kepada Orang Inggeris .Tetapi , Francis Light telah memungkir janji untuk membantu Kedah . Selain itu , Orang Inggeris memerlukan pangkalan untuk melindungi perdagangan mereka di Gugusan Kepulauan Melayu,Stamford Raffles telah memperalatkan Tengku Hussein dengan melantik baginda sebagai Sultan Johor-Riau . Sebagai balasan .Stamford Raffles dibenarkan untuk menduduki Singapura pada tahun 1819. Seterusnya , Orang Belanda menyerahkan Melaka kepada orang Inggeris melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824. Melalui perjanjian tersebut , Belanda bersetuju berundur dari negeri-negeri Melayu manakala Inggeris pula tidak akan menceroboh kawasan pengaruh Belanda di Selatan Singapura .
Kerajaan Brunei dan Sultan Sulu telah menyerahkan semua haknya kepada Kompeni Berpiagam Borneo Utara di Sabah.Kompeni ini ditubuhkan oleh pedagang Inggeris dan mula mentadbir Sabah pada tahun 1881. Di Sarawak pula , rakyat memberontak menentang penguasaan Brunei menyebabkan kerajaan Brunei terpaksa meminta bantuan seorang saudagar Inggeris yang bernama James Brooke . Beliau telah berjaya menghapuskan pemberontak di Sarawak dan dilantik sebagai Gabenor Sarawak pada tahun 1841.
Orang Jepun merupakan kuasa Asia yang menjajah negara kita semasa Perang Dunia Kedua .Mereka telah melakukan serangan dari darat ,laut dan udara ,Tentera Jepun mula mendarat di Kota Bharu , Kelantan pada bulan Disember 1941. Pada tahun 1942 , Jepun telah berjaya menawan Singapura dan Inggeris tidak mampu mempertahankan Singapura menyebabkan seluruh Tanah Melayu terjatuh ke dalam tangan Jepun . Di Sarawak , Jepun telah berjaya menawan Miri , Kuching dan Sibu pada tahun 1941.Jepun berjaya menjajah Sabah apabila menawan Pulau Labuan , pantai barat Sabah dan Sandakan pada tahun 1942. Selepas berkuasa selama 3 tahun 8 bulan , Jepun terpaksa menyerah kalah disebabkan Amerika Syarikat telah menjatuhkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki .
Merupakan zaman terawal di negara kita,masyarakat pada zaman ini juga dikenali sebagai orang Zaman Batu Awal
Zaman ini telah wujud sejak kira-kira 200,000 hingga300,000 tahun dahulu
Alat batu yang digunakan oleh masyarakat zaman ini ialah alat repihan seperti alat batu penetak
Alat batu yang digunakan oleh Masyarakat Zaman Paleolitik
Video ini merupakan video yang berkaitan dengan zaman pra sejarah di Malaysia
Masyarakat ini mengamalkan kepercayaan animisme iaitu agama yang mempercayai bahawa setiap benda di alam sekitar termasuklah batu mempunyai roh orang mati .
Dalam upacara pengebumian pula ,Masyarakat Paleolitik mengebumikan mayat dengan barang-barang seperti alat-alat batu dan makanan .
Alat-alat batu Zaman Paleolitik telah dijumpai di Kota Tampan.Kejadian ini telah membuktikan negara kita pernah melalui zaman ini.
Ciri-ciri penempatan masyarakat Zaman Paleolitik: 1.Hidup berpindah randah 2.Tinggal di kawasan terbuka (di laur Gua), di dalam gua dan di sekitar tasik
Kegiatan dan peralatan yang dugunakan : 1.Memburu binatang liar 2.Mengamalkan cara hidup sara diri 3.Memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan pucuk-pucuk daun 4.Menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian
Kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Zaman Paleolitik : Anismime
Lokasi Zaman Paleolotik di Malaysia : 1.Bukit Jawa, Kota Tampan ,Bukit Bunuh di Lenggong ,Perak 2.Gua Niah , Sarawak 3.Tingkayu ,Sabah
Untuk maklumat lanjut , sila clik website di bawah :