- Zaman Neolitik di Malaysia bermula kira-kira 7000 tahun dahulu,zaman ini merupakan zaman perkembangan daripada teknologi batu kepada teknologi tembikar .
- Ciri-ciri penempatan masyarakat Neolitik :
- Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri. Rumah mereka dibuat daripada batu-bata, kayu dan sebagainya.
- Ada dalam kalangan mereka yang tinggal di gua yang berhampiran dengan sungai.
- Mereka hidup dalam kelompok masyarakat , mempunyai ketua dan mengamalkan pembahagian kerja.
- Kegiatan masyarakat Zaman Neolitik :
- Bercucuk tanam .
- Menternak binatang dan menangkap ikan .
- Berburu dan memungut hasil hutan .
- Membuat tembikar seperti bekas air , periuk dan belanga.
- Membuat barang perhiasan seperti gelang .
- Lokasi penempatan masyarakat Zaman Neolitik :
- Gua Cha di Kelantan .
- Bukit Tengkorak di Sabah .
- Masyarakat Zaman Neolitik masih menggunakan alat batu dalam kehidupan harian tetapi alat batu yang digunakan oleh mereka lebih halus berbanding dengan alat batu pada Zaman Paleolitik .
- Masyarakat ini mengamalkan Animisme dan mempunyai upacara pengebumian yang tersendiri .
- Penemuan manusia Zaman Neolitik di Gua Cha menunjukkan mayat dikebumikan dengan barang keperluan harian seperti alat tembikar .
Video ini menjelaskan zaman prasejarah di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
Menariknya post ini~~~
ReplyDeleteMemang menarik
ReplyDeleteSudah lamanya saya tidak baca sejarah, terima kasih kerana sudi kongsi maklumat 😁
ReplyDeleteMaklumat yang jelas dan mudah difahami!
ReplyDeleteMaklumat yang jelas dan mudah difahami!
ReplyDeleteBagus, teruskan usaha lagi.
ReplyDeleteSangat baik dan kreatif
ReplyDelete