A)Penentangan terhadap Orang Portugis
Setelah Portugis berjaya menjajah Melaka , Sultan Mahmud telah melarikan diri ke Pulau Bentan.Baginda telah mengetuai tenteranya menyerang Melaka sebanyak lima kali tetapi tetap gagal.Peristiwa ini berlaku sejak tahun 1515.
Pada tahun 1526 ,Orang Portugis telah memusnahkan pangkalan tentera Sultan Mahmud di Pulau Bentan dan Baginda terpaksa melarikan diri ke Kampar , Sumatera.
B)Penentangan terhadap Orang Belanda
Sultan Ibrahim dari Selangor telah menentang orang Belanda di Melaka dengan membakar rumah-rumah Orang Belanda. Raja Haji yang menjadi Yamtuan Muda Johor pada masa itu turut menyerang kapal-kapal Belanda di Selat Melaka .Baginda bergabung dengan Sultan Ibrahim untuk menyerang Melaka tetapi gagal .Dalam pertempuran itu , Raja Haji telah terbunuh .
C)Penentangan terhadap Orang Inggeris
Masyarakat tempatan telah bangkit menentang Orang Inggeris.Terdapat beberapa tokoh negara kita yang mengetuai masyarakat kita menentang Orang Inggeris .Antaranya :
1.Datuk Maharaja Lela
Nama sebenarnya Pandak Adam , beliau merupakan seorang pembesar di Pasir Salak yang tidak bersetuju dengan tindakan Residen Inggeris pertama di Perak , iaitu J.W.W. Birch yang melarang pembesar negeri memungut cukai .Birch juga tidak menghormati adat resam orang Melayu .Datuk Maharaja Lela dan pembesar Perak telah merancang pembunuhan Birch .Birch telah dibunuh di Pasir Salak pada tahun 1875.Inggeris berjaya menangkap Dato Maharaja Lela dan menjatuhkan hukuman mati terhadap beliau.
Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web berikut :
https://sejarahtokoh.wordpress.com/dato-maharaja-lela/ http://tokoh-sejarah-malaysia.blogspot.my/p/dato-maharaja-lela.html
2. Yamtuan Antah
Nama sebenarnya ialah Tengku Antah . Beliau membantah pelantikan Penolong Residen Inggeris di Sungai Ujong yang diketuai oleh Dato" Kelana.Pada tahun 1875,Inggeris membantu Dato "Kelana untuk menentang Tengku Antah .Pada tahun 1876, Tengku Antah menamatkan persengkataan dengan Inggeris dan beliau dilantik menjadi Yamtuan Besar Seri Menanti.
Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
http://tokoh-sejarah-malaysia.blogspot.my/p/yamtuan-antah.html
https://neilandsyud.wordpress.com/2011/07/15/yamtuan-antah/
3.Datuk Dol Said
Nama sebenarnya ialah Abdul Said dan beliau dilahirkan pada tahun 1773 di Naning ,Alor Gajah .Beliau merupakan Penghulu Naning yang kesembilan dan membantah pengenaan cukai kepada ke atas daerahnya oleh orang Inggeris .Pihak Inggeris telah meminta Naning membayar satu persepuluh daripada hasilnya.
Pada tahun 1831, orang Inggeris menyerang Naning tetapi serangan mereka dibatahkan oleh Dol Said .Akhirnya, pada kali kedua , Dol Said telah dikalahkan pada tahun 1832.
Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
http://tokoh-sejarah-malaysia.blogspot.my/p/dol-said.html
https://neilandsyud.wordpress.com/2011/07/15/dol-said/
4. Dato "Bahaman
Nama sebenarnya ialah Abdul Rahaman dan merupakan Orang Kaya Semantan .Beliau menentang orang Inggeris kerana Inggeris melarang pembesar tempatan memungut cukai .Dengan bantuan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau,Dato "Bahaman telah menyerang Inggeris di SEmantan pada tahun 1891.Beliau telah dikalahkan oleh Inggeris dan melarikan diri ke Siam .
Video ini akan menerangkan kisah perjuangan Dato Bahaman.
Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web berikut :
https://neilandsyud.wordpress.com/2011/07/15/abdul-rahman-bin-tuanku-imam-nuh/
5.Haji Abdul Rahman Limbong
Beliau seorang ulama yang disegani .Beliau dan pengikutnya menentang tindakan Orang Inggeris yang mengenakan cukai ke atas rakyat serta mengadakan undang undang baru yang menyukarkan kehidupan rakyat .Beliau dan beberapa pemimpin lain mengetuai penduduk tempatan melakukan pemberontakan di Kuala Berang pada tahun 1928 tetapi gagal dan telah ditangkap dan dibuang negeri ke Mekah .
Kedua-dua video ini membincangkan kisah perjuangan Haji Abdul Rahman Linbong.
Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
https://neilandsyud.wordpress.com/2011/07/13/haji-abdul-rahman-limbong/
6.Mat Salleh
Beliau seorang pahlawan dan pembesar di Hulu Sungai Sugut , Sabah .Beliau menentang Inggeris kerana tidak suka campur tangan Inggeris yang berleluasa di Sabah .Beliau menyerang Inggeris di Pulau Gaya . Setelah itu , beliau bersetuju berdamai dengan Inggeris dan membenarkan mereka mentadbir di Tambunan .Malangnya , Inggeris memungkir janji dan Mat Salleh terpaksa berperang dengan Inggeris di Tambunan dan beliau terkorban dalam peperangan tersebut .
Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web berikut :
https://neilandsyud.wordpress.com/2011/07/15/mat-salleh/
7. Sharif Masahor
Sharif Masahor merupakan Gabenor Sarikei di Sungai Rajang , Sarawak .Beliau menentang orang Inggeris kerana James Brooke mengambil kawasan Sungai Rajang yang lama ditadbirnya.Beliau menyerang orang Inggeris di Kanowit dan pada tahun 1860, beliau menyerang lagi Orang Inggeris di Kuching tetapi telah ditewaskan .Beliau dihantar ke Singapura pada tahun 1861.
Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web berikut :
http://tokohdalamkenangan.blogspot.my/2011/07/tokoh-negara-sharif-masahor.html
http://classof-2hormat-sejarah.blogspot.my/2010/11/74-sharif-masahor-wira-sarawak.html
8.Rentap
Beliau merupakan pahlawan Iban dan ketua Orang Iban di Sungai Sekrang .Belaiu tidak menyukai kemaraan kuasa Brooke di Sekrang dan telah menyerang kubu James Brooke di Sungai Sekrang .Pada tahun 1881,Rentap lagi sekali menyerang Inggeris tetapi menghadapi kekalahan dan beliau melarikan diri ke kawasan pedalaman .
Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web berikut :
https://neilandsyud.wordpress.com/2011/07/13/rentap/
9.Banting
Beliau merupakan pahlawan Iban yang berkuasa di Hulu Sungai Batang Lupar .Beliau menentang Orang Inggeris untuk mengehadkan kuasa Inggeris . Beliau berjaya mempertahankan kawasannya sehingga tahun 1908 apanila Inggeris berjaya mengalahkannya . Kuasa Banting menjadi semakin lemah , dan beliau tidak lagi dapat menentang Inggeris.
Sybas, anda menghasilkan nota yang padat dan jelas, video juga sesuai dengan tajuk anda!
ReplyDeleteBaik baik baik ,saya suka blog ini.
ReplyDeleteMaklumat yg sangat lengkap! Tq! 😁
ReplyDeleteBagus, teruskan usaha lagi.
ReplyDeleteSangat baik dan kreatif
ReplyDeleteSangat baik dan kreatif
ReplyDeleteTop-tier Titanium Rod in Femur Complacer and Transparent
ReplyDeleteTop-tier titanium rod is a top-tier replacement titanium tent stove for the existing titanium rod in titanium exhaust femur titanium ring parts. This method utilizes titanium edc the titanium bolts titanium core to separate the gap between