Gambar-gambar di atas merupakan bangunan-bangunan yang dibina oleh penjajah semasa menjajah Melaka.
Selepas melihat gambar-gambar di atas , marilah kita sama -sama melihat latar belakang penjajah yang pernah menjajah Melaka .
1.Orang Portugis
Orang Portugis merupakan bangsa Eropah yang pertama datang ke Timur dan Melaka.Mereka ingin menguasai perdagangan rempah yang sangat diperlukan untuk mengawet dan menyedapkan makanan di Eropah pada musim sejuk.Melaka merupakan pusat perdagangan yang amat penting pada masa itu .Dengan menguasai Melaka , Portugis dapat mengusai seluruh perdagangan rempah tanpa melalui mana-mana pihak .
Rombongan Portugis yang diketuai oleh Lopez de Sequeira telah datang ke Melaka tetapi rombongan ini telah ditangkap oleh tentera Melaka .Walaubagaimanapun , Lopez de Sequeira telah berjaya melarikan diri ke India .
Selepas itu , Gabenor Jeneral Portugis , Alfonso de Albuquerque telah mengetuai angkatan tentera Portugis menyerang Melaka . Pada tahun 1511, Melaka berjaya ditawan oleh Portugis , Sultan Mahmud yang merupakan keturunan kesultanan Melaka telah mencuba beberapa kali untuk mendapat semula Melaka tetapi usahanya tetap gagal.
Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
http://mahasiswapmmgroup.blogspot.my/2015_09_01_archive.html
2.Orang Belanda
Orang Belanda telah mengusai Pulau Jawa di Indonesia ,mereka tidak mahu pelabuhan Melaka menyaingi pelabuhan Betawi di Jakarta. Dengan bantuan Sultan Johor , Orang Belanda telah berjaya mengalahkan Portugis di Melaka dan manakluki Melaka pada tahun 1641.Mereka juga berjaya menguasai perlombongan bijih timah di Perak.Terdapat sebuah kubu yang dinamakan KOTA BELANDA telah dibina di Pulau Pangkor.
Belanda telah menguasai Melaka selama hampir 180 tahun.
3.Orang Inggeris
Orang Inggeris telah menjajah seluruh Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak .Penjajahan Inggeris bermula apabila mereka berjaya menduduki Pulau Pinang .Sultan Kedah meminta bantuan orang Inggeris untuk melindungi Kedah daripada serangan Siam dengan menawarkan Pulau Pinang sebagai pangkalan tentera kepada Orang Inggeris .Tetapi , Francis Light telah memungkir janji untuk membantu Kedah .
Selain itu , Orang Inggeris memerlukan pangkalan untuk melindungi perdagangan mereka di Gugusan Kepulauan Melayu,Stamford Raffles telah memperalatkan Tengku Hussein dengan melantik baginda sebagai Sultan Johor-Riau . Sebagai balasan .Stamford Raffles dibenarkan untuk menduduki Singapura pada tahun 1819.
Seterusnya , Orang Belanda menyerahkan Melaka kepada orang Inggeris melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824. Melalui perjanjian tersebut , Belanda bersetuju berundur dari negeri-negeri Melayu manakala Inggeris pula tidak akan menceroboh kawasan pengaruh Belanda di Selatan Singapura .
Kerajaan Brunei dan Sultan Sulu telah menyerahkan semua haknya kepada Kompeni Berpiagam Borneo Utara di Sabah.Kompeni ini ditubuhkan oleh pedagang Inggeris dan mula mentadbir Sabah pada tahun 1881.
Di Sarawak pula , rakyat memberontak menentang penguasaan Brunei menyebabkan kerajaan Brunei terpaksa meminta bantuan seorang saudagar Inggeris yang bernama James Brooke . Beliau telah berjaya menghapuskan pemberontak di Sarawak dan dilantik sebagai Gabenor Sarawak pada tahun 1841.
Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Campur_tangan_British_di_Tanah_Melayu
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.html
4. Orang Jepun
Orang Jepun merupakan kuasa Asia yang menjajah negara kita semasa Perang Dunia Kedua .Mereka telah melakukan serangan dari darat ,laut dan udara ,Tentera Jepun mula mendarat di Kota Bharu , Kelantan pada bulan Disember 1941.
Pada tahun 1942 , Jepun telah berjaya menawan Singapura dan Inggeris tidak mampu mempertahankan Singapura menyebabkan seluruh Tanah Melayu terjatuh ke dalam tangan Jepun .
Di Sarawak , Jepun telah berjaya menawan Miri , Kuching dan Sibu pada tahun 1941.Jepun berjaya menjajah Sabah apabila menawan Pulau Labuan , pantai barat Sabah dan Sandakan pada tahun 1942.
Selepas berkuasa selama 3 tahun 8 bulan , Jepun terpaksa menyerah kalah disebabkan Amerika Syarikat telah menjatuhkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki .
Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
http://remotehilang.blogspot.my/2015/08/pendudukan-jepun-di-malaysia.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahan_Jepun_di_Tanah_Melayu
Wah , sangat baik.
ReplyDeleteWah , sangat baik.
ReplyDeleteWah , maklumat anda sangat berguna ,terima kasih.
ReplyDeleteHahaha ,saya suka blog ini.
ReplyDeleteBagus! Senang difahami!
ReplyDeleteBagus! Senang difahami!
ReplyDeleteBagus, teruskan usaha lagi.
ReplyDeleteSangat baik dan kreatif
ReplyDelete