Thursday, 15 September 2016

Kesan Penjajahan Kuasa Asing terhadap Malaysia


Sebelum merdeka ,  kuasa asing seperti Portugis , Belanda, Inggeris dan Jepun  telah menjajah negara kita dan membawa banyak kesan kepada negara kita . Perubahan ini termasuklah dari segi politik , ekonomi dan sosial budaya.Sekarang marilah kita bersama-sama melihat apakah kesan-kesan penjajahan kuasa asing kepada negara kita .
1.Kesan penjajahan Portugis
Image result for kesan penjajahan british di tanah melayu



Image result for kesan penjajahan portugis di tanah melayu
  • Penjajahan Portugis di Melaka menyebabkan berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka .Sultan Melaka yang terakhir  iaitu Sultan Mahmud Syah telah melarikan diri dan mangkat di Kampar , Sumatera pada tahun 1528.
  • Di  Melaka , wujudnya masyarakat Serani yang berketurunan Portugis  hasil perkahwinan orang Portugis dengan masyarakat tempatan .Sehingga kini mereka masih mengamalkan cara hidup orang Portugis.
  • Beberapa perkataan Portugis  telah digunakan dalam Bahasa Melayu seperti  almari , jendela , kereta,keju,tuala ,garpu, sabun dan meja.
Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
http://documents.tips/documents/kesan-penjajahan-portugis-di-melaka.html
http://drsir.blogspot.my/2012/07/mpw-1133-zaman-penjajahan-portugis.html

2.Kesan penjajahan Belanda
Image result for bendera belanda

Image result for kesan penjajahan belanda di tanah melayu
  • Semasa Belanda menjajah Melaka , tidak banyak kesan yang ditinggalkan di negara kita kerana mereka memberi tumpuan kepada jajahan takluk mereka di Betawi, Indonesia .
  • Bagaimanapun , terdapat tinggalan  Bangunan Stadhuys di Melaka dan Kota Belanda di Pulau Pangkor , Perak .
  • Kini , Bangunan Stadhuys dijadikan Muzium Negeri Melaka.

Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
https://www.scribd.com/doc/116410939/Kesan-Penjajahan-Portugis-Dan-Belanda

3.Kesan penjajahan Inggeris

Image result for kesan penjajahan british di tanah melayu
  • Inggeris telah memperkenalkan penggunaan kapal korek dalam perlombongan bijih timah dan penanaman getah secara ladang .
  • Hasilnya dieksport ke luar negara .
  • Inggeris telah memajukan kawasan perlombongan di Sarawak dan pembalakan di Sabah.
  • Penjajahan Inggeris telah menggalakkan kemasukan buruh dari China dan India . Buruh India bekerja di ladang-ladang getah manakala buruh China pula bekerja di kawasan lombong-lombong bijih timah .
  • Keadaan ini telah menyebabkan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita .
  • Dalam bidang pendidikan pula , Inggeris telah membina beberapa buah sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantaran .Sebuah maktab perguruan telah dibina di Perak untuk  melatih guru-guru Melayu.
  • Perusahaan getah dan bijih timah yang semakin berkembang menyebabkan Inggeris membina landasan kereta api dan jalan raya. Perhubungan ini memudahkan pengangkutan hasil dari kawasan perlombongan dan ladang ke pelabuhan untuk dieksport .
                          Video ini membincangkan kesan penjajahan Inggeris di Tanah Melayu.

Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
http://gadispoliteknik96.blogspot.my/2015/03/24-kesan-kesan-jajahan-british-sehingga.html
http://documents.tips/documents/kesan-penjajahan-terhadap-malaysia.html



4.Kesan penjajahan Jepun
Image result for kesan penjajahan jepun di tanah melayu




Image result for kesan penjajahan jepun di tanah melayu
  • Jepun menjalankan pentadbiran ketenteraan di negara kita . Penjajahan Jepun merupakan zaman kesengsaraan kepada rakyat ,
  • Ramai  penduduk diseksa dan banyak ladang serta bangunan dimusnahkan .
  • Ramai  penduduk telah menghidapi pelbagai penyakit akibat kekurangan makanan dan bekalan ubatan .
  • Penjajahan Jepun  telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat seterusnya menimbulkan kesedaran kepada rakyat bahawa penjajahan kuasa asing telah membawa kesan buruk kepada rakyat tempatan .
                       
                         














Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
http://sejarahsite.blogspot.my/2013/01/kesan-pendudukan-jepun-di-tanah-melayu.html
http://penjajahanjepundkm1c.weebly.com/blog/penjajahan-jepun-di-tanah-melayu#/

9 comments: