Friday, 16 September 2016

Zaman Neolitik
Image result for zaman neolitik di malaysia
  • Zaman Neolitik di Malaysia bermula kira-kira 7000 tahun dahulu,zaman ini merupakan zaman perkembangan daripada teknologi batu kepada teknologi tembikar .
  • Ciri-ciri penempatan masyarakat Neolitik :
  1. Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri. Rumah mereka dibuat daripada batu-bata, kayu dan sebagainya. 
  2. Ada dalam kalangan mereka yang tinggal di gua yang berhampiran dengan sungai.
  3. Mereka hidup dalam kelompok masyarakat , mempunyai ketua dan mengamalkan pembahagian kerja.

  • Kegiatan masyarakat Zaman Neolitik :
  1. Bercucuk tanam .
  2. Menternak binatang dan menangkap ikan .
  3. Berburu dan memungut hasil hutan .
  4. Membuat tembikar seperti bekas air , periuk dan belanga.
  5. Membuat barang perhiasan seperti gelang .
  • Lokasi penempatan masyarakat Zaman Neolitik :
  1. Gua Cha di Kelantan .
  2. Bukit Tengkorak di  Sabah .
  • Masyarakat Zaman Neolitik masih menggunakan alat batu dalam kehidupan harian tetapi alat batu yang digunakan oleh mereka lebih halus berbanding dengan alat batu pada Zaman Paleolitik .
    Image result for zaman neolitik di malaysia
  • Masyarakat ini mengamalkan Animisme dan mempunyai upacara pengebumian yang tersendiri .
  • Penemuan manusia Zaman Neolitik di Gua Cha menunjukkan mayat dikebumikan dengan barang keperluan harian seperti alat tembikar .

Video ini menjelaskan zaman prasejarah di Malaysia.

Untuk maklumat  lanjut , sila tekan laman web di bawah :

Thursday, 15 September 2016

Kesan Penjajahan Kuasa Asing terhadap Malaysia


Sebelum merdeka ,  kuasa asing seperti Portugis , Belanda, Inggeris dan Jepun  telah menjajah negara kita dan membawa banyak kesan kepada negara kita . Perubahan ini termasuklah dari segi politik , ekonomi dan sosial budaya.Sekarang marilah kita bersama-sama melihat apakah kesan-kesan penjajahan kuasa asing kepada negara kita .
1.Kesan penjajahan Portugis
Image result for kesan penjajahan british di tanah melayu



Image result for kesan penjajahan portugis di tanah melayu
  • Penjajahan Portugis di Melaka menyebabkan berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka .Sultan Melaka yang terakhir  iaitu Sultan Mahmud Syah telah melarikan diri dan mangkat di Kampar , Sumatera pada tahun 1528.
  • Di  Melaka , wujudnya masyarakat Serani yang berketurunan Portugis  hasil perkahwinan orang Portugis dengan masyarakat tempatan .Sehingga kini mereka masih mengamalkan cara hidup orang Portugis.
  • Beberapa perkataan Portugis  telah digunakan dalam Bahasa Melayu seperti  almari , jendela , kereta,keju,tuala ,garpu, sabun dan meja.
Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
http://documents.tips/documents/kesan-penjajahan-portugis-di-melaka.html
http://drsir.blogspot.my/2012/07/mpw-1133-zaman-penjajahan-portugis.html

2.Kesan penjajahan Belanda
Image result for bendera belanda

Image result for kesan penjajahan belanda di tanah melayu
  • Semasa Belanda menjajah Melaka , tidak banyak kesan yang ditinggalkan di negara kita kerana mereka memberi tumpuan kepada jajahan takluk mereka di Betawi, Indonesia .
  • Bagaimanapun , terdapat tinggalan  Bangunan Stadhuys di Melaka dan Kota Belanda di Pulau Pangkor , Perak .
  • Kini , Bangunan Stadhuys dijadikan Muzium Negeri Melaka.

Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
https://www.scribd.com/doc/116410939/Kesan-Penjajahan-Portugis-Dan-Belanda

3.Kesan penjajahan Inggeris

Image result for kesan penjajahan british di tanah melayu
  • Inggeris telah memperkenalkan penggunaan kapal korek dalam perlombongan bijih timah dan penanaman getah secara ladang .
  • Hasilnya dieksport ke luar negara .
  • Inggeris telah memajukan kawasan perlombongan di Sarawak dan pembalakan di Sabah.
  • Penjajahan Inggeris telah menggalakkan kemasukan buruh dari China dan India . Buruh India bekerja di ladang-ladang getah manakala buruh China pula bekerja di kawasan lombong-lombong bijih timah .
  • Keadaan ini telah menyebabkan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita .
  • Dalam bidang pendidikan pula , Inggeris telah membina beberapa buah sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantaran .Sebuah maktab perguruan telah dibina di Perak untuk  melatih guru-guru Melayu.
  • Perusahaan getah dan bijih timah yang semakin berkembang menyebabkan Inggeris membina landasan kereta api dan jalan raya. Perhubungan ini memudahkan pengangkutan hasil dari kawasan perlombongan dan ladang ke pelabuhan untuk dieksport .
                          Video ini membincangkan kesan penjajahan Inggeris di Tanah Melayu.

Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
http://gadispoliteknik96.blogspot.my/2015/03/24-kesan-kesan-jajahan-british-sehingga.html
http://documents.tips/documents/kesan-penjajahan-terhadap-malaysia.html



4.Kesan penjajahan Jepun
Image result for kesan penjajahan jepun di tanah melayu




Image result for kesan penjajahan jepun di tanah melayu
  • Jepun menjalankan pentadbiran ketenteraan di negara kita . Penjajahan Jepun merupakan zaman kesengsaraan kepada rakyat ,
  • Ramai  penduduk diseksa dan banyak ladang serta bangunan dimusnahkan .
  • Ramai  penduduk telah menghidapi pelbagai penyakit akibat kekurangan makanan dan bekalan ubatan .
  • Penjajahan Jepun  telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat seterusnya menimbulkan kesedaran kepada rakyat bahawa penjajahan kuasa asing telah membawa kesan buruk kepada rakyat tempatan .
                       
                         














Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
http://sejarahsite.blogspot.my/2013/01/kesan-pendudukan-jepun-di-tanah-melayu.html
http://penjajahanjepundkm1c.weebly.com/blog/penjajahan-jepun-di-tanah-melayu#/
Tanah Melayu telah dijajah oleh banyak kuasa asing sebelum merdeka.Terdapat banyak pahlawan yang ingin membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan kuasa asing .Mereka telah mengadakan pelbagai penentangan terhadap kuasa asing ini , antara pahlawan yang menentang penjajahan kuasa asing termasuklah Dato Bahaman , Haji Abdul Rahman Limbong, dan Sharif Masahor. Berikut akan membincangkan peristiwa-peristiwa penentangan yang diadakan oleh pahlawan negara kita . 

A)Penentangan terhadap Orang Portugis
Setelah Portugis berjaya menjajah Melaka , Sultan Mahmud telah melarikan diri ke Pulau Bentan.Baginda telah mengetuai tenteranya menyerang Melaka sebanyak lima kali tetapi tetap gagal.Peristiwa ini berlaku sejak tahun 1515.

    Pada tahun 1526 ,Orang Portugis telah memusnahkan pangkalan tentera Sultan Mahmud di Pulau Bentan dan Baginda terpaksa melarikan diri ke Kampar , Sumatera.

B)Penentangan terhadap Orang Belanda
Sultan Ibrahim dari Selangor telah menentang orang Belanda di Melaka dengan membakar rumah-rumah Orang Belanda. Raja Haji yang menjadi  Yamtuan Muda Johor pada masa itu turut menyerang kapal-kapal Belanda di Selat Melaka .Baginda bergabung dengan Sultan Ibrahim untuk menyerang Melaka tetapi gagal .Dalam pertempuran itu , Raja Haji telah terbunuh .

C)Penentangan terhadap Orang Inggeris
Masyarakat tempatan telah bangkit menentang Orang Inggeris.Terdapat beberapa tokoh negara kita yang mengetuai masyarakat kita menentang Orang Inggeris .Antaranya :


1.Datuk Maharaja Lela
Image result for dato maharaja lela
Nama sebenarnya Pandak Adam , beliau merupakan seorang pembesar di Pasir Salak yang tidak bersetuju dengan tindakan Residen Inggeris pertama di Perak , iaitu J.W.W. Birch yang melarang pembesar negeri memungut cukai .Birch juga tidak menghormati adat resam orang Melayu .Datuk Maharaja Lela dan pembesar Perak telah merancang pembunuhan Birch .Birch telah dibunuh di Pasir Salak pada tahun 1875.Inggeris berjaya menangkap Dato Maharaja Lela dan menjatuhkan hukuman mati terhadap beliau.
          Video ini akan membincangkan kisah perjuangan Datuk Maharaja Lela.

Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web berikut :
https://sejarahtokoh.wordpress.com/dato-maharaja-lela/ http://tokoh-sejarah-malaysia.blogspot.my/p/dato-maharaja-lela.html


2. Yamtuan Antah
Image result for yamtuan antah

Nama sebenarnya ialah Tengku Antah . Beliau membantah pelantikan Penolong Residen Inggeris di Sungai Ujong  yang diketuai oleh Dato" Kelana.Pada tahun 1875,Inggeris membantu Dato "Kelana  untuk menentang Tengku Antah .Pada tahun 1876, Tengku Antah menamatkan persengkataan dengan Inggeris dan beliau dilantik menjadi Yamtuan Besar Seri Menanti.
                    Video ini akan menerangkan kisah perjuangan Yamtuan Antah.
Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :

http://tokoh-sejarah-malaysia.blogspot.my/p/yamtuan-antah.html
https://neilandsyud.wordpress.com/2011/07/15/yamtuan-antah/

3.Datuk Dol Said
Image result for dato dol said
Nama sebenarnya ialah Abdul Said dan beliau dilahirkan pada tahun 1773 di Naning ,Alor Gajah .Beliau merupakan Penghulu Naning yang kesembilan dan membantah pengenaan cukai kepada ke atas daerahnya oleh orang Inggeris .Pihak Inggeris telah meminta Naning membayar satu persepuluh daripada hasilnya. 
Pada tahun 1831, orang Inggeris menyerang Naning tetapi serangan mereka dibatahkan oleh Dol Said .Akhirnya, pada kali kedua , Dol Said telah dikalahkan pada tahun 1832.


                      Video ini menjelaskan kisah perjuangan Datuk Dol Said.


Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :

http://tokoh-sejarah-malaysia.blogspot.my/p/dol-said.html
https://neilandsyud.wordpress.com/2011/07/15/dol-said/

4. Dato "Bahaman
Image result for dato bahaman

Nama sebenarnya ialah Abdul  Rahaman dan merupakan Orang Kaya Semantan .Beliau menentang orang Inggeris kerana Inggeris melarang pembesar tempatan memungut cukai .Dengan bantuan Tok Gajah dan anaknya  Mat Kilau,Dato "Bahaman telah menyerang Inggeris di SEmantan pada tahun 1891.Beliau telah dikalahkan oleh Inggeris dan melarikan diri ke Siam .
            Video ini akan menerangkan kisah perjuangan Dato Bahaman.


Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web berikut :
https://neilandsyud.wordpress.com/2011/07/15/abdul-rahman-bin-tuanku-imam-nuh/


5.Haji Abdul Rahman Limbong
Image result for haji abdul rahman limbong
Beliau seorang ulama yang disegani .Beliau dan pengikutnya menentang tindakan Orang Inggeris yang mengenakan cukai ke atas rakyat serta mengadakan undang undang  baru yang menyukarkan kehidupan rakyat .Beliau dan beberapa pemimpin lain mengetuai penduduk tempatan melakukan pemberontakan di Kuala Berang pada tahun 1928 tetapi gagal dan telah ditangkap dan dibuang negeri ke Mekah .






Kedua-dua video ini membincangkan kisah perjuangan Haji Abdul Rahman Linbong.

Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
https://neilandsyud.wordpress.com/2011/07/13/haji-abdul-rahman-limbong/


6.Mat Salleh
Image result for mat salleh

Beliau seorang pahlawan dan pembesar di Hulu Sungai Sugut , Sabah .Beliau menentang Inggeris kerana tidak suka campur tangan Inggeris yang berleluasa  di Sabah .Beliau menyerang Inggeris di Pulau Gaya . Setelah itu , beliau bersetuju berdamai dengan Inggeris  dan membenarkan mereka mentadbir di Tambunan .Malangnya , Inggeris memungkir janji dan Mat Salleh terpaksa berperang dengan Inggeris di Tambunan dan beliau terkorban dalam peperangan tersebut .

Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web berikut :
https://neilandsyud.wordpress.com/2011/07/15/mat-salleh/

7. Sharif Masahor
Image result for syarif masahor
Sharif Masahor merupakan Gabenor Sarikei di Sungai Rajang , Sarawak .Beliau menentang orang  Inggeris kerana James Brooke mengambil kawasan  Sungai Rajang yang lama ditadbirnya.Beliau menyerang orang Inggeris di Kanowit dan pada tahun 1860, beliau menyerang lagi Orang Inggeris di Kuching tetapi telah ditewaskan .Beliau dihantar ke Singapura pada tahun 1861.


                           Video ini akan menerangkan kisah perjuangan Sharif Masahor.

Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web berikut :
http://tokohdalamkenangan.blogspot.my/2011/07/tokoh-negara-sharif-masahor.html
http://classof-2hormat-sejarah.blogspot.my/2010/11/74-sharif-masahor-wira-sarawak.html
8.Rentap
Image result for rentap
Beliau merupakan pahlawan Iban dan ketua Orang Iban di Sungai Sekrang .Belaiu tidak menyukai kemaraan kuasa Brooke di Sekrang  dan telah menyerang kubu James Brooke di Sungai Sekrang .Pada tahun 1881,Rentap lagi sekali menyerang Inggeris tetapi menghadapi kekalahan dan beliau melarikan diri ke kawasan pedalaman .


                            Video ini akan menerangkan kisah perjuangan Rentap.

Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web berikut :
https://neilandsyud.wordpress.com/2011/07/13/rentap/
9.Banting
Beliau merupakan pahlawan Iban yang berkuasa di Hulu Sungai Batang Lupar .Beliau menentang Orang Inggeris untuk mengehadkan kuasa Inggeris . Beliau berjaya mempertahankan kawasannya sehingga tahun 1908 apanila Inggeris berjaya mengalahkannya . Kuasa Banting menjadi semakin lemah , dan beliau tidak lagi dapat menentang Inggeris.
Negeri Melaka telah dijajah oleh beberapa buah kuasa asing sebelum merdeka .Antara penjajah yang pernah menjajah Melaka ialah Portugis , Belanda ,Inggeris serta Jepun .
Image result for kota a famosa  Image result for bangunan stadthuysImage result for bangunan tinggalan british di melaka
 Gambar-gambar di atas merupakan bangunan-bangunan yang dibina oleh penjajah semasa menjajah Melaka.

Selepas melihat gambar-gambar di atas , marilah kita sama -sama melihat latar belakang penjajah yang pernah menjajah Melaka .
1.Orang Portugis
Image result for portugis menjajah tanah melayu
  
  Orang Portugis merupakan bangsa Eropah yang pertama datang ke Timur dan Melaka.Mereka ingin menguasai perdagangan rempah yang sangat diperlukan untuk mengawet dan menyedapkan makanan di Eropah pada musim sejuk.Melaka merupakan pusat perdagangan yang amat penting pada masa itu .Dengan menguasai Melaka , Portugis dapat mengusai seluruh perdagangan rempah tanpa melalui mana-mana pihak .
     Rombongan Portugis yang diketuai oleh Lopez de Sequeira telah datang ke Melaka tetapi rombongan ini telah ditangkap oleh tentera Melaka .Walaubagaimanapun , Lopez de Sequeira telah berjaya melarikan diri ke India .
     Selepas itu , Gabenor Jeneral Portugis , Alfonso de Albuquerque telah mengetuai angkatan tentera  Portugis menyerang Melaka . Pada tahun 1511, Melaka berjaya ditawan oleh Portugis , Sultan Mahmud yang merupakan keturunan kesultanan Melaka telah mencuba beberapa kali untuk mendapat semula Melaka tetapi usahanya tetap gagal.

Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
http://mahasiswapmmgroup.blogspot.my/2015_09_01_archive.html

2.Orang Belanda
    Orang Belanda telah mengusai Pulau Jawa di Indonesia ,mereka tidak mahu pelabuhan Melaka menyaingi pelabuhan Betawi di Jakarta. Dengan bantuan Sultan Johor , Orang Belanda telah berjaya mengalahkan Portugis di Melaka dan manakluki Melaka pada tahun 1641.Mereka juga berjaya menguasai perlombongan bijih timah di Perak.Terdapat sebuah kubu yang dinamakan  KOTA BELANDA  telah dibina di Pulau Pangkor.
    Belanda telah menguasai Melaka selama hampir 180 tahun.
Image result for belanda menguasai malaka

3.Orang Inggeris
Image result for inggris menjajah tanah melayu   Image result for orang british menjajah tanah melayu

Orang Inggeris telah menjajah seluruh Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak .Penjajahan Inggeris bermula apabila mereka berjaya menduduki Pulau Pinang .Sultan Kedah meminta bantuan orang Inggeris untuk melindungi Kedah daripada serangan Siam  dengan menawarkan Pulau  Pinang sebagai pangkalan tentera kepada Orang Inggeris .Tetapi , Francis Light telah memungkir janji untuk membantu Kedah .

   Selain itu , Orang Inggeris memerlukan pangkalan untuk melindungi perdagangan  mereka di Gugusan Kepulauan Melayu,Stamford Raffles telah memperalatkan Tengku Hussein dengan melantik baginda sebagai Sultan Johor-Riau . Sebagai balasan .Stamford Raffles dibenarkan untuk menduduki Singapura pada tahun 1819.

   Seterusnya , Orang Belanda menyerahkan Melaka kepada orang Inggeris melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824. Melalui perjanjian tersebut , Belanda bersetuju berundur dari negeri-negeri Melayu manakala Inggeris pula tidak akan menceroboh kawasan pengaruh Belanda di Selatan Singapura .

 Kerajaan Brunei dan Sultan Sulu telah menyerahkan semua haknya kepada Kompeni Berpiagam Borneo Utara  di Sabah.Kompeni ini ditubuhkan oleh pedagang Inggeris dan mula mentadbir Sabah pada tahun 1881.

    Di Sarawak pula , rakyat memberontak menentang penguasaan Brunei  menyebabkan kerajaan Brunei terpaksa meminta bantuan seorang saudagar Inggeris yang bernama James Brooke . Beliau telah berjaya menghapuskan pemberontak di Sarawak dan dilantik sebagai Gabenor Sarawak pada tahun 1841.



Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Campur_tangan_British_di_Tanah_Melayu
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.html

4. Orang Jepun
Image result for jepun menguasai tanah melayu
Orang Jepun merupakan kuasa Asia yang menjajah negara kita semasa Perang Dunia Kedua .Mereka telah melakukan serangan dari darat ,laut dan udara ,Tentera Jepun mula mendarat di Kota Bharu , Kelantan pada bulan Disember 1941.
    Pada tahun 1942 , Jepun telah berjaya menawan Singapura dan Inggeris tidak mampu mempertahankan Singapura menyebabkan  seluruh Tanah Melayu terjatuh ke dalam tangan  Jepun .
Di Sarawak , Jepun telah berjaya menawan Miri , Kuching dan Sibu pada tahun 1941.Jepun berjaya menjajah Sabah apabila menawan Pulau Labuan , pantai barat  Sabah dan Sandakan pada tahun 1942.

    Selepas berkuasa selama 3 tahun 8 bulan , Jepun terpaksa menyerah kalah disebabkan Amerika Syarikat telah menjatuhkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki .




Image result for jepun di tanah melayu

Untuk maklumat lanjut , sila tekan laman web di bawah :
http://remotehilang.blogspot.my/2015/08/pendudukan-jepun-di-malaysia.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahan_Jepun_di_Tanah_Melayu

Wednesday, 7 September 2016

Zaman Paleolitik di Malaysia

Zaman Paleolitik

  • Merupakan zaman terawal di negara kita,masyarakat pada zaman ini juga dikenali sebagai orang Zaman Batu Awal
  • Zaman ini telah wujud sejak kira-kira 200,000 hingga300,000 tahun dahulu
  • Alat batu yang digunakan oleh masyarakat zaman ini  ialah alat repihan seperti alat batu penetak 
                         Image result for batu penetak
                   Alat batu yang digunakan oleh Masyarakat                                        Zaman Paleolitik
                                       

                   Video ini merupakan video yang berkaitan dengan                            zaman pra sejarah di Malaysia
  • Masyarakat ini mengamalkan kepercayaan animisme iaitu agama yang mempercayai  bahawa setiap benda di alam sekitar termasuklah batu mempunyai roh orang mati .
  • Dalam upacara pengebumian pula ,Masyarakat Paleolitik mengebumikan mayat dengan barang-barang seperti alat-alat batu dan makanan .
  • Alat-alat batu Zaman Paleolitik telah dijumpai di Kota Tampan.Kejadian ini telah membuktikan negara kita pernah melalui zaman ini. 
  • Ciri-ciri penempatan masyarakat Zaman Paleolitik:
    1.Hidup berpindah randah
    2.Tinggal di kawasan terbuka (di laur Gua), di dalam gua dan di sekitar tasik 
  • Kegiatan dan peralatan yang dugunakan  :
    1.Memburu binatang liar
    2.Mengamalkan cara hidup sara diri
    3.Memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan pucuk-pucuk daun
    4.Menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian 
  • Kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Zaman Paleolitik :  Anismime 
  • Lokasi Zaman Paleolotik di Malaysia :
    1.Bukit Jawa, Kota Tampan ,Bukit Bunuh di Lenggong ,Perak
    2.Gua Niah , Sarawak
    3.Tingkayu ,Sabah

Untuk maklumat lanjut , sila clik website di bawah :